Tarikh hari ini

23 Nov 2013

Etika Perkhidmatan Musyrif


  1.  Diharapkan kepada mereka yang ditaklifkan sebagai musyrif dapat menjalalankan tugas dengan rasa tanggungjawab dan seikhlas hati. 
  2. Musyrif yang ditetapkan untuk bertugas adalah berdasarkan kawasan kediaman masing-masing bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak berkenaan. Mana-mana akhawat yang ingin menggunakan perkhidmatan musyrif disarankan untukmenghubungi musyrif yang menetap berdekatan dengan ‘lokasi semasa’ masing-masing.
  3.  Harus diingatkan bahawa bilangan minimum untuk mendapatkan perkhidmatan musyrif ialah sebanyak 2 orang akhawat. Para akhawat dinasihatkan untuk menghubungi musyrif yang bertugas dengan adab yang bersopan serta menjaga tatasusila komunikasi antara ikhwah dan akhawat. 
  4.  Para akhawat diharapkan dapat membuat temujanji seawal mungkin dengan musyrif yang bertugas beserta maklumat perjalanan selengkapnya untuk memudahkan urusan kedua-dua pihak. 
  5. Musyrif Kecemasan hanya boleh dihubungi jika semua musyrif yang bertugas tidak dapat melaksanakan tugas atas sebab sebab tertentu. Musyrif kecemasan juga akan hanya bertugas jika ada kes-kes kecemasan untuk menuju ke muhafazah lain (luar Kaherah) pada waktu malam. Permohonan musyrif kecemasan boleh dibuat melalui ketua musyrif kecemasan yang telah ditetapkan. 
  6. Para akhawat digalakkan untuk tidak berada di luar rumah selepas jam 12.00 a.m. kerana perkhidmatan musyrif berjadual ini akan berakhir pada jam 12.00 a.m. pada setiap hari (melainkan keadaan yang layak ditafsir sebagai darurat syariah). 
  7. Persetujuan pihak musyrif adalah bergantung kepada budi bicara masing-masing. 
  8. Para akhawat yang menggunakan perkhidmatan musyrif disarankan untuk menanggung sebarang kos perjalanan (tambang) yang perlu dibelanjakan oleh musyrif. 
  9. Pihak musyrif dan para akhawat perlulah sentiasa menjaga adab masing-masing dan menjaga ikhtilat agar tidak mencemarkan nama baik Biro Kebajikan dan PERUBATAN. 
  10. Unit Keselamatan dan Musyrif JAKSI tidak akan bertanggungjawab keatas masalah yang berlaku kepada akhawat yang tidak menggunakan khidmat musyrif yang telah disediakan oleh JAKSI PERUBATAN. 
  11. Sebarang aduan, kritikan dan cadangan yang dirasakan bernas boleh diajukan kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah JAKSI Universiti Kaherah. Terima kasih dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada musyrif yang tersenarai untuk menjalankan amanah yang telah diberikan Allah ini.
  12. Etika dan jadual ini telah disediakan oleh unit JAKSI PERUBATAN, namun jika akhawat memerlukan musyrif untuk menghadiri program yg telah disediakan oleh batch, sila rujuk jadual musyrif batch yg telah disediakan.