Tarikh hari ini

Final Exam is NEAR

Adakah anda sudah bersedia?

1 Dec 2015

GeneXIIs : PENGENALAN AJK BAHARU SESI 2015/2016








إنا عرضنا الأمانة على السماوات والأرض والجبال فأبين أن يحملنها وأشفقن منها وحملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا 
(al ahzab : 72)

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menawarkan amanah kepada langit , bumi dan gunung-ganang akan tetapi semuanya menolak kerana takut tidak akan melaksanakannya lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh.

Justeru sahabat-sahabat sekalian, perkara yang paling berat sekali didunia ini adalah amanah,lebih-lebih lagi bagi mereka yang memegang amanah sebagai pemimpin. Ibaratnya kita telah meletakkan sebelah kaki di neraka dan sebelah lagi di syurga. Maka beruntunglah mereka yang berlaku adil terhadap jawatannya kerana ganjaran disisi Allah itu tersangatlah besar.

Semoga mereka diberikan futuhaat dan hidayah dalam melaksanakan tugas mereka untuk menegakkan Islam di mana juga keberadaan mereka.





Sedikit video yang memberi inspirasi barangkali mahupun mencuit hati. Tahniah dan takziah kami ucapkan. Selamat bekerja .

                    


p/s : ada beberapa orang AJK yang tiada dalam video akibat pertukaran pada saat-saat akhir. Maaf ya.


Unit Penerbitan dan Penerangan
GeneXIIs 2015/2016.

27 Nov 2015

GENEXIIS MENGORAK LANGKAH KE TAHUN 4



ABOU RISH-Saban tahun,setiap  batch PERUBATAN  Cawangan Kaherah (PCK) akan mengadakan program Glow With Flow (GWF) pada permulaan sesi kuliah . Program yang mengambil masa selama seminggu ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai teknik belajar berkesan,cara “tackle” subjek dan cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi sepanjang tahun pengajian. Batch GENEXIIS telah mengadakan program ini pada  Sabtu ,17 Oktober 2015.

                Majlis telah dirasmikan oleh wakil Ahli Jawatankuasa Tertinggi PCK, Nur Asyireen bt Ayub. Beliau menekankan tentang masa. Tahun ke-4 kebiasaanya dikaitkan dengan tahun pengajian yang santai dan tidak padat waktu kuliahnya, maka ambillah peluang masa yang banyak itu untuk  menambah pengetahuan –pengetahuan luar  selain bidang perubatan seperti kelas bahasa Arab, talaqqi al Quran dan sebagainya.

                Seterusnya wakil akademik batch , saudara Husaini bin Abd Malik menyampaikan statistik keputusan peperiksaan akhir tahun 2015 bagi batch GENEXIIS. Alhamdulillah seramai 6 orang pelajar telah mendapat Mumtaz manakala Jayyid Jiddan seramai 11 orang. Tidak dilupa juga kepada Wan Muammar Safuan yang telah berjaya meneruskan langkah ke tahun 3 yang penuh cabaran. Dalam kita gembira meraikan keputusan yang baik, jangan kita lupa sahabat-sahabat yang diuji dengan keputusan yang kurang bernasib baik. Moga kita sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka.

                Seterusnya, slot forum dikendalikan oleh Nuruddin Azri .“Tak kenal maka tak cinta” , pengisi untuk tahun ini ,saudara Fikri Ismail (Fikro) dan juga saudari Rasyidah pelajar tahun 5 Universiti Kaherah. Seperti biasa , pusingan pertama dimulakan dengan pendedahan mengenai ssstem pemarkahan setiap subjek . Saudara Fikro mengendalikan subjek ENT dan FORTOX manakala saudari Rasyidah mengendalikan subjek COMMED dan OPTHAL.

 Sedikit kelainan daripada tahun-tahun yang lepas, “Dari Hati ke Hati” adalah satu permainan dimana pelajar diberikan kotak berisikan kertas soalan. Muzik dimainkan dan kotak diserahkan kepada pelajar. Pelajar yang memegang kotak ketika muzik diberhentikan, beliau akan mencabut kertas dan menanyakan soalan kepada pengisi. Objektif  permainan ini adalah satu langkah daripada pihak tertinggi batch untuk memupuk sifat “berani dan konfiden” dalam kalangan pelajar untuk  menanyakan soalan ketika berada di dewan kuliah. Disamping itu, permainan ini juga bertujuan untuk mengurang atau lebih tepat lagi mengelakkan mengantuk. Pusingan ketiga adalah sesi penggulungan dimana setiap pengisi akan memberikan kata-kata semangat dan galakan kepada pelajar.

Majlis turut diserikan dengan upacara penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Para hadirin turut disajikan dengan sedikit tayangan video pengenalan AJK Batch sesi 2015/2016 yang diketuai oleh Ahmad Adib bin Zainuddin.


                Semoga dengan majlis ini, ukhuwwah antara ahli batch semakin dapat dipererat dan segala pengisian yang berguna dapat dimanfaatkan oleh para pelajar untuk menempuh cabaran mendatang.  Sekian.



Unit Penerbitan dan Penerangan
GeneXIIs 2015/2016

*berita disediakan oleh Muhammad Fazlans bin Sutrisno Tanjung















29 Sept 2015

PELAJAR GTG RAIH MUMTAZ




NURASHYKYN BINTI NAZERI seorang pelajar  Government to Government ( gtg )   melakar kejayaan cemerlang apabila  berjaya  meraih Mumtaz  dalam peperiksaan akhir tahun 3 di Fakulti Perubatan Kasral-ainy,Universiti Kaherah. Beliau merupakan pelajar gtg pertama   daripada BATCH GENEXIIS yang  berjaya meraih mumtaz setelah hampir 2 tahun kejayaan di monopoli oleh pelajar Memorandum of Understanding ( MOU ) . Oleh hal yang demikian, pihak Biro Akademik (BCAD) Genexiis sesi 2015/2016 merasa terpanggil untuk menemu-ramah   beliau .



Berikut  merupakan isi temu-ramah tersebut.



1.Boleh saudari ceritakan serba sedikit latar belakang saudari?

Saya dilahirkan pada 6 Jun 1994 di Klang dan saya merupakan anak ke-3 daripada  4 adik-beradik. Saya adalah satu -satunya anak perempuan dalam keluarga  Encik Nazeri dan Puan Mariam.



2.Pelajar gtg begitu sinonim dengan kesukaran terutamanya dari segi language barrier, apakah perkara yang memotivasikan saudari?

Tidak dapat dinafikan  lagi bahawa berada  di dalam kelas  g2g merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi kami ,pelajar g2g. Bukan sahaja dalam aspek bahasa malahan  perhatian daripada  lecturer juga agak kurang  disebabkan pelajar yang terlalu ramai jika  dibandingkan dengan kelas mou.
Tetapi  apa yg mampu saya jadikan motivasi dalam menempuh hari  mendatang adalah kata-kata positif dan sokongan semangat daripada keluarga, teman seperjuangan dan  juga diri sendiri.



3.Ceritakan pengalaman berharga saudari ketika berada di dalam kelas gtg?

Kalau bercerita mengenai pengalaman sepanjang kelas g2g , mestilah banyak pahit daripada manisnya.
 Sebagai contoh, pernah suatu hari  saya seorang sahaja pelajar Malaysia yang menghadiri kelas ulangkaji yang dibuat oleh Doktor . Kelas ini terdiri daripada pelajar arab yang bukan daripada group saya.
Oleh kerana groupi tu bukan group saya,maka saya duduk di bahagian hujung iaitu di bahagian belakang.  “Malang tidak berbau” ,  namun apakan daya kehadiran saya dapat dikenalpasti  oleh doktor  yang mengajar. Lantas, beliau  terus mengajukan soalan dalam Bahasa arab Ammiah . Ketika itu semua mata memandang tepat kearah saya. Mujurlah saya  dapat dengar soalan doktor dan boleh jawab dengan baik.
Cumanya  tidak  pastilah samada  doktor  dengar  atau tidak  suara saya  kerana  ketika itu suara saya agak perlahan dan saya sedikit nervous. hehehehe



 4.Sudikah saudari kongsikan rahsia belajar saudari?
Saya suka belajar secara kumpulan dan memarna.Mewarna? Pelik bukan ? Untuk pengetahuan,bermulanya kelas tahun 3 ini,otak saya seolah-olah tidak dapat menafsir tulisan-tulisan yang ada didalam buku teks. Hal ini kerana, buku teks kita hanya dipenuhi gambar kosong dan tulisan hitam putih (plain dull textbook) . oleh itu, ketika belajar,saya akan mewarna seriang dan seceria  mungkin agar otak saya mampu menafsir dan mengingat apa yang dibaca.hewhew.




5.Apakah pendapat saudari mengenai “belajar hanya untuk lulus exam? “

Frasa “balajar hanya untuk lulus exam”  bagi saya adalah tidak salah kerana  perkara ini merupakan impian setiap pelajar iaitu lulus seterusnya  berjaya dalam pelajaran.

Walaubagaimanapun, saya percaya  bahawa niat belajar setiap individu pada mulanya tentulah inginkan sesuatu yang lebih baik  demi agama, diri, bangsa dan juga negara , bukan sahaja untuk lulus exam semata-mata!



6.Apakah nasihat saudari terhadap pelajar gtg khususnya dan pelajar mou amnya?

If you want to make your dreams come true, the first thing you have to do is WAKE UP !        Keep trying !  Keep praying ! Stay positive ! Be awesome and be better!





Tahniah diucapkan kepada saudari Nurashykyn atas kejayaan ini. Semoga kejayaan ini menjadi batu semangat dan perangsang oleh saudari untuk terus mencipta kejayaan pada peperiksaan yang akan datang.Tahniah sekali lagi dan terima kasih kerana sudi ditemu duga.

            Diharapkan kejayaan ini dapat mendorong pelajar yang lain untuk lebih berusaha dan maju dalam menempuh kepayahan untuk menjadi seorang doktor.Semoga segala usaha dan penat lelah kita dalam penempuh kepayahan dalam menuntut ilmu dapat diterjemahkan dalam keputusan cemerlang di peperiksaan yang akan datang.
Belajar,belajar dan terus belajar!

Saya akhiri sesi ini dengan kalam Imam Syafie:
"Apabila kamu tidak tahan dengan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."


Sekian,terima kasih.




Muhammad Fazlans Bin Sutrisno Tanjung,
Ketua,Biro Akademik GENEXIIS 2015/2016.

20 Sept 2015

JADUAL MUSYRIF 2014/2015














“AKU” MOODY


Suka…

Kita suka mendoakan kehancuran orang yang tidak sealiran dengan kita,
kita suka mendoakan kebinasaan mereka yang tidak seagama dengan kita,
baik Kristian mahupun Syiah, kita menjerit gembira apabila mereka mati mendahului kita,
laungan    “HANCUR AMERIKA” DAN “HANCUR YAHUDI” sering bergema,
sekadar bertanya: BUKANKAH MEREKA ITU JUGA MANUSIA?




Gelisah…

Kita gelisah dan marah apabila tajuk berita berbunyi “Pelajar CINA mengharumkan nama Negara,
tetapi kita berasa bangga dan sempurna apabila pelajar MELAYU berbuat perkara yang sama,
kita lupa bahawa kita duduk dinegara yang sama,
sekadar bertanya: BUKANKAH TAJUK SEPERTI “PELAJAR MALAYSIA” LEBIH SEMPURNA?




Bangga…

Kita bangga dan berpuas hati apabila keputusan peperiksaan mengatasi rakan-rakan,
“feeling relieve” dan senang hati apabila markah cukup-cukup makan,
bukan mempersoal dan bukan juga mempertikaikan,
sekadar bertanya:BENARKAH KITA INGIN MENJADI DOKTOR PERUBATAN?




S
edih…

kita sedih melihat fakir miskin hidup merempat dan terbuang,
tetapi cukup berat sekali apabila si fakirdatang meminta sekupang,
adakah zakat itu sudah mencukupi untuk mengisi hidup seperti kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang?
sekadar bertanya:BENARKAH DALAM DIRI ADA PERIHATIN DAN SAYANG?





MUHAMMAD FAZLANS BIN SUTRISNO TANJUNG,
1.37 am,
2 September 2015 Bersamaan dengan 18 Zulkaedah 1436 hijrah.


Nota:
Sekadar meluahkan apa yang ada di dada.
Segala coretan berpandukan pengalaman dan melalui bahan bacaan.

4 May 2015

[LIVE UPDATE PILIHAN RAYA BATCH 3.0]


Majlis pilihanraya dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Muhammad Abdullah An-Nur.kepentingan ehsan dan amanah dalam menjalankan tugas merupakan 1 kewajiban penting dalam menjawat jawatan.
Seterusnya majlis diteruskan dengan agenda utama iaitu memilih calon ketua batch, timbalan ketua batch dan juga majlis tertinggi,
Semoga allah swt merahmati majlis kita pada hari ini.



1 May 2015

[PILIHAN RAYA GENEXIIS]


Bismilllah..
insyaAllah ..hari pengundian telah dttapkn pada 4hb ....
hangatkn PR kita!!...

SENARAI NAMA PENCALONAN BAGI PILIHAN RAYA GENEXIIS

KETUA BATCH


  • IZHAM BIN ROSSLI
  • AHMAD ADIB BIN ZAINUDDIN


MAJLIS TERTINGGI IKHWAH


  • MUHAMMAD FAZLANS BIN SUTRISNO TANJUNG
  • MUHAMMAD ADIB FIKRI BIN ZURHAINI
  • HUSAINI BIN ABDUL MALIK
  • NURUDDIN AZRI BIN ZULKIFLI

TIMBALAN KETUA BATCH


  • AMALIA BINTI ROSMAN
  • ATIRAH BINTI IBRAHIM

MAJLIS TERTINGGI AKHAWAT

SETIAUSAHA


  • NAJAH MUNIRAH BINTI AZMAN
  • AMALIA BINTI ROSMAN
  • NUR SHAHIRA BINTI SHAMSUDDIN

BENDAHARI


  • NUR HIDAYAH BINTI ZAHARAN
  • NURASHYKYN BINTI NAZERI
  • NABIHAH BINTI AZMAN

‪#‎JOM‬ BERKEMPEN !!!
SAMA2 MENGHANGATKAN PILIHAN RAYA PADA KALI INI




Yang Benar :

(PKB batch 2014/2015)

25 Apr 2015

[PILIHAN RAYA GENEXIIS]


Bismillah..



Kenyataan rasmi pilihan raya GENEXIIS!!

InsyaAllah kami barisan majlis tertinggi GENEXIIS 14/15 akan mengadakan pilihan raya pada tahun ini.

Terdapat sedikit kelainan pada pilihan raya kali ini..kami telah berbincang dan mncapai kata putus untuk menetapkan beberapa syarat bagi penamaan calon iaitu: 

1)PENAMAAN CALON BAGI KB DAN TKB HANYA TERHAD KEPADA 2 ORG SAHAJA.
2)PENAMAAN CALON BAGI SETIAUSAHA DAN BENDAHARI TIDAK TERHAD.
3)PENGHANTARAN NAMA CALON HENDAKLAH DIBERIKAN KEPADA AHLI SPR (SYED ISMAIL DAN KHALISAH)
4)TARIKH TUTUP PENGHANTARAN NAMA CALON [ 24/4 ]
5)PENGUMUMAN CALON AKAN DIUMUMKAN PADA [25/4]

YANG BENAR :
Syed Ismail : SPR 2015 

Why do we become a DOCTOR?

Third year.

Pathology.
Study of diseases.

Microbiology.
Study of microorganism causing diseases.

Parasite.
Study of parasite causing diseases.

And..
Pharma.
Study of drugs curing diseases.



Another 3 and a half year, and a HO,
Then we become a doctor.

But, Why do we want to become a doctor?

"Argh. Too much parasite! Aku dengar kalau belajar dekat Malaysia ambil masa 3 minggu je" Que mengeluh.
Pintu bilik terkuak.

"Yo. Nani o shitteru no*?" D bertanya. Que menutup buku parasite didepan mata. Kakinya menolak lantai langsung memberi daya untuk memusingkan kerusi kearah pintu.

"Giving up." 

"Ehhh~~ nande*?" D melangkah masuk dan duduk diatas katil. Ish, budak ni. Mesti baru lepas tengok anime

"Kau.. Lusa nak exam dah. Stop tengok Bloody Monday. Lepas exam nanti kau tengok la." Kerusi Que kini berpusing 90 darjah kearah katil pula.

"Chigaou*. Sekarang dia tengah tengok Proposal Daisakusen. Walaupun aku tak minat Yamapi~ tapi..." Tapak tangan Mira ditemukan dan diletakkan disisi muka. Kepala disengetkan kesebelah kiri. Die nak masuk sesi bercerita. Not good

"Stop." D dan Mira memandang ke arah Que. Que menggeleng. Eh?

"Seriously, korang memang tak nak niat nak score utk exam ni? Even Mid year je sekalipun?" K.E memegang bahu Mira. Mira, D dan Que memandang kebelakang bahu Mira.

"Koko*." K.E mengambil tempat disebelah D. " kau pulak kenapa?" Que mengangkat muka. Die tersengih.

"Ehehe~ Stress. Somehow, banyak pulak benda kena study. Agh~ menyesal pulak tak pertimbangkan ambik pharmacy je dulu" Que memandang buku Pharma yang berada di rak buku.

"Kau.. Nak ambik Pharma ke sebenarnya?" Que mengangguk. " aku, tak suka tengok darah and aku cepat gabra bila tengok orang excident and having massive bleeding. Kau D, memang nak ambik doctor?"

D tersenyum. "Since satu family aku amik medic - I kinda not having other dream yang aku nak other than doctor. Korang?" 

K.E dan Mira memandang satu sama lain.

"Well, aku - sebab aku orang kampung kot? Being a doctor really make your parents proud. And sebab kampung aku - kurang doctor..." Mira tediam. Matanya kemudian dialihkan ke K.E. 

"Aku..." Titisan air didapur kedengaran lebih kuat dari selalunya.

Tik.
Tik.
Tik.

Why did I become a doctor?

Study hard 6 tahun, separated with family, sacrifice my own fun, struggle to get good grades, jumpa patient every now and then...

For what?
More Importantly,
For whom?

Que kembali membuka buku Parasite. D dan Mira pulang kebilik masing - masing. Mira bergerak kearah meja belajarnya. Disisi meja, dia kembali merenung dalam- dalam gambar keluarganya.
Laptop disisi D ditutup rapi dan dimasukkan kedalam beg. Dia memandang kearah langit disebalik tingkap yang semakin malap. 

Dan K.E menarik sehelai kertas A4 dilaci meja tulisnya. Bunyi geseran Marker hitam tenggelam dicelah-celah kebisingan kota Kaherah. Kertas itu lalu ditampal diruangan dinding dihadapan. Matanya kemudian dipejam rapat. Azam dikuatkan.

Dengan bismillah, dia jua membuka buku Parasite.



*Nani o shitteru no - kau buat ape?
*nande - kenapa?
*chigaou - salah!

*koko - kat sini.