Tarikh hari ini

Final Exam is NEAR

Adakah anda sudah bersedia?

27 Nov 2015

GENEXIIS MENGORAK LANGKAH KE TAHUN 4



ABOU RISH-Saban tahun,setiap  batch PERUBATAN  Cawangan Kaherah (PCK) akan mengadakan program Glow With Flow (GWF) pada permulaan sesi kuliah . Program yang mengambil masa selama seminggu ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai teknik belajar berkesan,cara “tackle” subjek dan cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi sepanjang tahun pengajian. Batch GENEXIIS telah mengadakan program ini pada  Sabtu ,17 Oktober 2015.

                Majlis telah dirasmikan oleh wakil Ahli Jawatankuasa Tertinggi PCK, Nur Asyireen bt Ayub. Beliau menekankan tentang masa. Tahun ke-4 kebiasaanya dikaitkan dengan tahun pengajian yang santai dan tidak padat waktu kuliahnya, maka ambillah peluang masa yang banyak itu untuk  menambah pengetahuan –pengetahuan luar  selain bidang perubatan seperti kelas bahasa Arab, talaqqi al Quran dan sebagainya.

                Seterusnya wakil akademik batch , saudara Husaini bin Abd Malik menyampaikan statistik keputusan peperiksaan akhir tahun 2015 bagi batch GENEXIIS. Alhamdulillah seramai 6 orang pelajar telah mendapat Mumtaz manakala Jayyid Jiddan seramai 11 orang. Tidak dilupa juga kepada Wan Muammar Safuan yang telah berjaya meneruskan langkah ke tahun 3 yang penuh cabaran. Dalam kita gembira meraikan keputusan yang baik, jangan kita lupa sahabat-sahabat yang diuji dengan keputusan yang kurang bernasib baik. Moga kita sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka.

                Seterusnya, slot forum dikendalikan oleh Nuruddin Azri .“Tak kenal maka tak cinta” , pengisi untuk tahun ini ,saudara Fikri Ismail (Fikro) dan juga saudari Rasyidah pelajar tahun 5 Universiti Kaherah. Seperti biasa , pusingan pertama dimulakan dengan pendedahan mengenai ssstem pemarkahan setiap subjek . Saudara Fikro mengendalikan subjek ENT dan FORTOX manakala saudari Rasyidah mengendalikan subjek COMMED dan OPTHAL.

 Sedikit kelainan daripada tahun-tahun yang lepas, “Dari Hati ke Hati” adalah satu permainan dimana pelajar diberikan kotak berisikan kertas soalan. Muzik dimainkan dan kotak diserahkan kepada pelajar. Pelajar yang memegang kotak ketika muzik diberhentikan, beliau akan mencabut kertas dan menanyakan soalan kepada pengisi. Objektif  permainan ini adalah satu langkah daripada pihak tertinggi batch untuk memupuk sifat “berani dan konfiden” dalam kalangan pelajar untuk  menanyakan soalan ketika berada di dewan kuliah. Disamping itu, permainan ini juga bertujuan untuk mengurang atau lebih tepat lagi mengelakkan mengantuk. Pusingan ketiga adalah sesi penggulungan dimana setiap pengisi akan memberikan kata-kata semangat dan galakan kepada pelajar.

Majlis turut diserikan dengan upacara penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Para hadirin turut disajikan dengan sedikit tayangan video pengenalan AJK Batch sesi 2015/2016 yang diketuai oleh Ahmad Adib bin Zainuddin.


                Semoga dengan majlis ini, ukhuwwah antara ahli batch semakin dapat dipererat dan segala pengisian yang berguna dapat dimanfaatkan oleh para pelajar untuk menempuh cabaran mendatang.  Sekian.



Unit Penerbitan dan Penerangan
GeneXIIs 2015/2016

*berita disediakan oleh Muhammad Fazlans bin Sutrisno Tanjung