Tarikh hari ini

Final Exam is NEAR

Adakah anda sudah bersedia?

Showing posts with label Karya kreatif. Show all posts
Showing posts with label Karya kreatif. Show all posts

15 Mar 2016

Hamba Bertuhan



Senyumlah,
Andai senyuman itu,
Dapat menghijab kelukaan,
Kerana kau akan lebih derita,
Melihat wajahmu sengsara.


Ketawalah,
Andainya tawa itu dapat menghapus kecewa,
Andainya tawa bisa merawat
Luka-luka yang dititip oleh Tuhanmu.


Berbahagialah,
Walau hatimu tidak berdaya,
Bertongkatlah dengan ucapan,
Kerana hidup ini hanya persinggahan.


Carilah Tuhan,
Pada saat pertengahan malam,
bagi merawat luka-luka dunia,
Kerana kita,
Hamba kerdil Hamba Bertuhan



Oleh: Atirah bt Ibrahim


20 Sept 2015

“AKU” MOODY


Suka…

Kita suka mendoakan kehancuran orang yang tidak sealiran dengan kita,
kita suka mendoakan kebinasaan mereka yang tidak seagama dengan kita,
baik Kristian mahupun Syiah, kita menjerit gembira apabila mereka mati mendahului kita,
laungan    “HANCUR AMERIKA” DAN “HANCUR YAHUDI” sering bergema,
sekadar bertanya: BUKANKAH MEREKA ITU JUGA MANUSIA?




Gelisah…

Kita gelisah dan marah apabila tajuk berita berbunyi “Pelajar CINA mengharumkan nama Negara,
tetapi kita berasa bangga dan sempurna apabila pelajar MELAYU berbuat perkara yang sama,
kita lupa bahawa kita duduk dinegara yang sama,
sekadar bertanya: BUKANKAH TAJUK SEPERTI “PELAJAR MALAYSIA” LEBIH SEMPURNA?




Bangga…

Kita bangga dan berpuas hati apabila keputusan peperiksaan mengatasi rakan-rakan,
“feeling relieve” dan senang hati apabila markah cukup-cukup makan,
bukan mempersoal dan bukan juga mempertikaikan,
sekadar bertanya:BENARKAH KITA INGIN MENJADI DOKTOR PERUBATAN?




S
edih…

kita sedih melihat fakir miskin hidup merempat dan terbuang,
tetapi cukup berat sekali apabila si fakirdatang meminta sekupang,
adakah zakat itu sudah mencukupi untuk mengisi hidup seperti kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang?
sekadar bertanya:BENARKAH DALAM DIRI ADA PERIHATIN DAN SAYANG?





MUHAMMAD FAZLANS BIN SUTRISNO TANJUNG,
1.37 am,
2 September 2015 Bersamaan dengan 18 Zulkaedah 1436 hijrah.


Nota:
Sekadar meluahkan apa yang ada di dada.
Segala coretan berpandukan pengalaman dan melalui bahan bacaan.

22 Feb 2014

Jatuh? Bangunlah!

Result exam keluar. Debar. Terasa kejutan elektik mengalir satu badan. Screening. Cari nama. Screening. Huh.

Lulus. Gagal. Alhamdulillah.

Petua lepas dapat result. Muhasabah.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu yang baik buatmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu yang buruk buatmu.

20 Dec 2013

Welcome ya Syita' !


Jom terjah komik ni !

Egypt. 5 Degree. Snowing.

Menarik kan komik ni? So, sambil berkabung dalam Mrs. Sara dan Mr. Toga (SaraToga) , mari sama-sama kita renungkan kembali hadith riwayat bukhari..

15 Dec 2013

Paksikan Kehidupan dengan Wahyu!



Susur kehidupan manusia menunjukkan bahawa pasti adanya perubahan yang berlaku dari satu zaman ke zaman yang lain. Perkara ini adalah perkara yang sering berlaku dalam rentetan apa jua sejarah yang dibentangkan sama ada perubahan itu membawa kebaikan mahupun keburukan dalam peradaban manusia. Dan yang pastinya, manusia itu sendiri adalah watak yang membuat perubahan tersebut.

5 Dec 2013

Aku dan Dia


Avoid Ikhtilat !


“Hahahaha..” KE ( baca: key.eee) mengangkat muka. Laju matanya menangkap mukasurat yang terbuka didepan mata Que. Mukasurat 5.

Aik? Ape yang kelakarnya?

Manisnya Ukhuwah

“Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.” ― Abu Hamid al-Ghazali