Tarikh hari ini

Final Exam is NEAR

Adakah anda sudah bersedia?

20 Jan 2016

GFC 3.0 : Ucapan Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah,tamat sudah akhirnya program GFC kita pada tahun ini.

Jutaan terima kasih saya tujukan kepada semua warga GENEXIIS yang terlibat iaitu team nasi ambeng, nasi kerabu, tiramisu dan pudding. Tidak lupa juga team beli barang, team angkat barang, team basuh beras, team masak nasi, team basuh ayam, team goreng ayam dan segala macam team lagilah, saya ucapkan lagi sekali, terima kasih banyak-banyak. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada Ahmad Adib dan Atirah Ibrahim selaku penasihat program ini - tanpa idea dan saranan dari mereka,sudah tentu program ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Tanpa usaha dan penat lelah kalian, mana mungkin program ini akan berlangsung dengan jayanya.Walaupun ada sedikit "miscommunication" antara kita, ini tidak bermakna program ini gagal untuk dilaksanakan. Malah,dengan adanya kecacatan seperti inilah yang boleh dijadikan muhasabah untuk program-program yang akan datang.

Untuk pengetahuan sekalian, untung jualan keseluruhan untuk GFC kali ini ialah 2111.50LE . Untung jualan Booth GENEXIIS ialah 207 LE. Semoga dengan hasil jualan yang kita dapat ini dapat membantu kita dalam menguruskan program-program batch pada masa akan datang.

sekian, terima kasih.

Nabihah Binti Muhammad Azman
Muhammad Fazlans Bin Sutrisno Tanjung
Pengarah GFC 3.0 2015/2016