Tarikh hari ini

29 Sept 2015

PELAJAR GTG RAIH MUMTAZ




NURASHYKYN BINTI NAZERI seorang pelajar  Government to Government ( gtg )   melakar kejayaan cemerlang apabila  berjaya  meraih Mumtaz  dalam peperiksaan akhir tahun 3 di Fakulti Perubatan Kasral-ainy,Universiti Kaherah. Beliau merupakan pelajar gtg pertama   daripada BATCH GENEXIIS yang  berjaya meraih mumtaz setelah hampir 2 tahun kejayaan di monopoli oleh pelajar Memorandum of Understanding ( MOU ) . Oleh hal yang demikian, pihak Biro Akademik (BCAD) Genexiis sesi 2015/2016 merasa terpanggil untuk menemu-ramah   beliau .



Berikut  merupakan isi temu-ramah tersebut.



1.Boleh saudari ceritakan serba sedikit latar belakang saudari?

Saya dilahirkan pada 6 Jun 1994 di Klang dan saya merupakan anak ke-3 daripada  4 adik-beradik. Saya adalah satu -satunya anak perempuan dalam keluarga  Encik Nazeri dan Puan Mariam.



2.Pelajar gtg begitu sinonim dengan kesukaran terutamanya dari segi language barrier, apakah perkara yang memotivasikan saudari?

Tidak dapat dinafikan  lagi bahawa berada  di dalam kelas  g2g merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi kami ,pelajar g2g. Bukan sahaja dalam aspek bahasa malahan  perhatian daripada  lecturer juga agak kurang  disebabkan pelajar yang terlalu ramai jika  dibandingkan dengan kelas mou.
Tetapi  apa yg mampu saya jadikan motivasi dalam menempuh hari  mendatang adalah kata-kata positif dan sokongan semangat daripada keluarga, teman seperjuangan dan  juga diri sendiri.



3.Ceritakan pengalaman berharga saudari ketika berada di dalam kelas gtg?

Kalau bercerita mengenai pengalaman sepanjang kelas g2g , mestilah banyak pahit daripada manisnya.
 Sebagai contoh, pernah suatu hari  saya seorang sahaja pelajar Malaysia yang menghadiri kelas ulangkaji yang dibuat oleh Doktor . Kelas ini terdiri daripada pelajar arab yang bukan daripada group saya.
Oleh kerana groupi tu bukan group saya,maka saya duduk di bahagian hujung iaitu di bahagian belakang.  “Malang tidak berbau” ,  namun apakan daya kehadiran saya dapat dikenalpasti  oleh doktor  yang mengajar. Lantas, beliau  terus mengajukan soalan dalam Bahasa arab Ammiah . Ketika itu semua mata memandang tepat kearah saya. Mujurlah saya  dapat dengar soalan doktor dan boleh jawab dengan baik.
Cumanya  tidak  pastilah samada  doktor  dengar  atau tidak  suara saya  kerana  ketika itu suara saya agak perlahan dan saya sedikit nervous. hehehehe



 4.Sudikah saudari kongsikan rahsia belajar saudari?
Saya suka belajar secara kumpulan dan memarna.Mewarna? Pelik bukan ? Untuk pengetahuan,bermulanya kelas tahun 3 ini,otak saya seolah-olah tidak dapat menafsir tulisan-tulisan yang ada didalam buku teks. Hal ini kerana, buku teks kita hanya dipenuhi gambar kosong dan tulisan hitam putih (plain dull textbook) . oleh itu, ketika belajar,saya akan mewarna seriang dan seceria  mungkin agar otak saya mampu menafsir dan mengingat apa yang dibaca.hewhew.




5.Apakah pendapat saudari mengenai “belajar hanya untuk lulus exam? “

Frasa “balajar hanya untuk lulus exam”  bagi saya adalah tidak salah kerana  perkara ini merupakan impian setiap pelajar iaitu lulus seterusnya  berjaya dalam pelajaran.

Walaubagaimanapun, saya percaya  bahawa niat belajar setiap individu pada mulanya tentulah inginkan sesuatu yang lebih baik  demi agama, diri, bangsa dan juga negara , bukan sahaja untuk lulus exam semata-mata!



6.Apakah nasihat saudari terhadap pelajar gtg khususnya dan pelajar mou amnya?

If you want to make your dreams come true, the first thing you have to do is WAKE UP !        Keep trying !  Keep praying ! Stay positive ! Be awesome and be better!





Tahniah diucapkan kepada saudari Nurashykyn atas kejayaan ini. Semoga kejayaan ini menjadi batu semangat dan perangsang oleh saudari untuk terus mencipta kejayaan pada peperiksaan yang akan datang.Tahniah sekali lagi dan terima kasih kerana sudi ditemu duga.

            Diharapkan kejayaan ini dapat mendorong pelajar yang lain untuk lebih berusaha dan maju dalam menempuh kepayahan untuk menjadi seorang doktor.Semoga segala usaha dan penat lelah kita dalam penempuh kepayahan dalam menuntut ilmu dapat diterjemahkan dalam keputusan cemerlang di peperiksaan yang akan datang.
Belajar,belajar dan terus belajar!

Saya akhiri sesi ini dengan kalam Imam Syafie:
"Apabila kamu tidak tahan dengan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."


Sekian,terima kasih.




Muhammad Fazlans Bin Sutrisno Tanjung,
Ketua,Biro Akademik GENEXIIS 2015/2016.