Sayup kedengaran suara anjing bersalakan.
Angin yang bertiup seolah
mencengkam tulang rusuk sehingga menyesakkan dadaku untuk bernafas.
Matahari yang malu-malu
memunculkan diri meskipun waktu sudah menginjak dinihari seolah-olah memberikan
satu petanda agar hari ini seluruh manusia bersyukur dengan pemberian nikmat
Tuhannya. Nikmat diberi teduhan daripada panas mentari membahang.
Kaki ini melangkah pulang
menyusuri laluan pejalan kaki di tepi landasan metro. Setiap 5 minit pasti
bunyi bingit keretapi berjalan memenuhi rongga telinga. Namun, mungkin kerana habituasi
kepada kebingitan ini, maka dibiarkan sahaja bunyi itu menyinggah di ruang
pendengaran tanpa memberi apa-apa makna.
Dan saat ini hanya suatu
suara yang kedengaran di sudut benak fikiran ini. Ya, suara ketika mesyuarat
yang tadi baru sahaja selesai tidak henti-henti bermain di seluruh ruang pendengaranku
seolah-olah kejadian tadi masih berputar di hadapan mata ini.
*****
"Alhamdulillah, selesai
musyawwarah kita hari ini. Oh ya, sebelum tu, saya terlupa ingin bertanya ahli
mesyuarat semua, adakah maklum hari ini merupakan hari apa?" Ada suara
perlahan menyebut; "17 Disember, Hari Selasa...." Dan majoriti bersuara;
"12 Rabiul Awal…." Aku sekadar mengangguk mengiyakan mereka.
"Alhamdulillah, semua masih
prihatin dengan tarikh besar ini.”
“Atau semua maklum kerana hari
ini ialah cuti umum?"
Sepi.
"Insha Allah moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang alpa dalam mengingati kekasih besar kita, Nabi Muhammad SAW. Dan alangkah indahnya andai kita dapat tergolong bersama golongan-golongan yang sentiasa mencedok mutiara-mutiara hikmah daripada kisah kehidupan Kekasih yang kita cinta ini."
"Insha Allah moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang alpa dalam mengingati kekasih besar kita, Nabi Muhammad SAW. Dan alangkah indahnya andai kita dapat tergolong bersama golongan-golongan yang sentiasa mencedok mutiara-mutiara hikmah daripada kisah kehidupan Kekasih yang kita cinta ini."
Tersentak di fikiranku. Adakah
aku juga turut tergolong dalam mereka yang alpa ini?
Allah.
"Kenapa pentingnya kita sentiasa
mengingati sirah kehidupan Rasulullah?"
Angin bertiup perlahan
mengisi ruang udara.
"Supaya kita sentiasa
sematkan dalam fikiran kita, bagaimana cahaya Islam yang ada pada hari ini dapat
sampai kepada kita andai tiada pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah dan
para sahabat.”
“Hebatnya perjuangan Rasulullah
SAW, baginda tak pernah lelah dalam menyampaikan Islam. Dan andai kita telusuri
sirah Rasulullah SAW, di bahagian mana yang menunjukkan kesenangan sepanjang
kehidupan Rasulullah? Tiada, kerana semuanya penuh mehnah. Penuh ujian. Kerana
apa? Kerana Allah berfirman dalam ayatNya,
“ Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta "
Suara yang tadi berbisik halus, mula menyepi, khusyuk mendengar tazkirah spontan ini.
"Walaupun Rasulullah SAW
adalah orang yang paling disanjungi sebelum dilantik menjadi rasul, baginda SAW
tetap dihina, dicaci, dimaki di saat baginda menegakkan Islam dalam masyarakat
sekeliling. Dan apa yang Rasulullah buat? Adakah Rasulullah meninggalkan
perjuangan menegakkan Islam dan mendapat sanjungan daripada orang ramai?
Wallahi La’. Bahkan Rasululllah lah orang yang pertama sekali mempertahankan
Islam dan menegakkan apa itu erti tauhid kepada Allah. "
“Pasti ada yang bertanya,
kenapa baginda menolak semua kekayaan, pangkat, sanjungan yang telah musyrikin
tawarkan sehingga sanggup dihina, dicaci dan dipulaukan? "
Bunyi langsir ditiup angin
dingin dari luar markas menerjah telinga-telinga yang mendengar.
"Sebab Rasulullah tak
nak Islam hanya terhenti di situ (di zaman Rasulullah), tapi berterusan hingga
dunia tiada lagi penghujungnya. Rasulullah ingin seluruh umatnya faham bahawa
Islam itu din, asas dalam kehidupan. Bukan hanya sekadar retorik sahaja, tapi
supaya umat ini rasa izzahnya Islam sebagai pegangan hidup."
"Dan apa saja sumbangan kita?
Setelah kita sendiri dianugerahkan dengan nikmat Islam ini, apa yang kita buat?”
“Adakah dengan duduk menggoyang kaki?"
"Jika kita sedar yang
kita semua adalah mata rantai kepada perjuangan Rasulullah SAW dan para
sahabat, kita sendiri akan mengimplentasi apa yang Rasulullah dah laksanakan
dulu. Supaya apa? Supaya Islam tertegak di muka bumi ini."
"Malu sekiranya
kehidupan kita yang dah menjangkau 2 dekad ni, kita hanya mampu menerima Islam
yang disampaikan alim ulama’ tanpa ada sedikit pun usaha daripada kita untuk
turut sama menyebarkan apa itu erti keIslaman yang sebenarnya. Walhal kita
sendiri diberi anugerah oleh Allah untuk menjadi salah satu penduduk Mesir,
tempat di mana Bumi para Anbiya’ berada. Ke atas diri kita sahaja mahu atau
tidak mengutip permata-permata hikmah di sebalik debu-debu yang berterbangan di
sini."
Terus terdengar esakan kecil
di sebalik dinding markas yang berkonkrit putih diselaputi debu-debu halus dari
udara luar.
"Dan yang paling
penting, posisi kita sekarang sebagai salah satu penggerak PERUBATAN, kita
niatkan bukan hanya sekadar ingin memberi kebajikan kepada komuniti sains
kesihatan Malaysia di Mesir, tapi apa yang lebih penting adalah kita inginkan seluruh
ahli komuniti kecil kita ini memahami erti Islam yang sebenarnya. Di sinilah
berlakunya penterjemahan siapa kita yang sebenarnya. Kita semua adalah dai’e
dan kita semua adalah mad’u.”
“Kita inginkan komuniti kecil
kita ini menjadi satu komuniti yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan
secara tak langsung suasana Islam dalam kalangan komuniti kita dapat dibentuk
sebaiknya. Jadi, terpundak ke atas bahu kita masing-masing untuk sentiasa berusaha,
berlumba-lumba mencari dan mengamalkan ilmu Islam agar kefahaman kita kepada
Islam tidak dicemari dengan perkara-perkara lain yang mendekatkan kita kepada azab
Allah."
"Apa yang kita nak capai
tak lain tak bukan adalah agar ahli-ahli kita semuanya mendapat asas dalam
kefahaman Islam supaya nanti kita semua mampu bergerak meneruskan mata rantai
perjuangan Rasulullah."
"Jadi, andai ada antara kita yang merasakan saat ini aku masih belum punya peranan dalam menyebarkan Islam, perbaharui balik niat kita dalam kita bergerak di sini. Sama-sama kita niatkan agar setiap langkah yang aku ambil, tidak lain hanya untuk kepentingan Islam, agar insan-insan di sekeliling aku semuanya dapat mengamalkan Islam yang Rasulullah perjuangkan ni."
"Jadi, andai ada antara kita yang merasakan saat ini aku masih belum punya peranan dalam menyebarkan Islam, perbaharui balik niat kita dalam kita bergerak di sini. Sama-sama kita niatkan agar setiap langkah yang aku ambil, tidak lain hanya untuk kepentingan Islam, agar insan-insan di sekeliling aku semuanya dapat mengamalkan Islam yang Rasulullah perjuangkan ni."
"Dan bolehlah sekiranya
semua yang ada di sini, pulang dari mesyuarat, kita sama-sama tanamkan semangat
baru dan niatkan semuanya kerana Allah. Ayuh kita perbanyakkan selawat,
tingkatkan amalan kebaikan masing-masing. Jangan lupa untuk menyelak kembali
catatan sirah Rasulullah SAW dan rasakan pada diri pentingnya untuk kita merasa
izzah berada dalam golongan yang ingin menyebarkan Islam. Wallahu’alam."
*****
Bunyi kereta berhenti secara mengejut yang berbunyi hanya beberapa inci dari tapak aku berdiri tatkala ini, mengejutkan lamunanku. Seorang pak cik hampir 50-an keluar daripada kereta menegurku,
Bunyi kereta berhenti secara mengejut yang berbunyi hanya beberapa inci dari tapak aku berdiri tatkala ini, mengejutkan lamunanku. Seorang pak cik hampir 50-an keluar daripada kereta menegurku,
"Awak tak apa-apa?
Jangan berjalan di tengah laluan kereta. Bahaya!!"
Oh, rupanya aku sedang
berdiri hampir di tengah laluan kereta. Mujur lagi tiada kereta lain di situ.
Allah, kereta tadi hampir
melanggar aku?
Allah, kau panjangkan lagi
umurku.
Allah, Allah, Allah.
Tak terungkap rasa syukur
buat Mu Ya Allah.
"Maafkan aku wahai pak
cik, Terima kasih atas teguranmu buat aku"
Senyuman aku sedeqahkan buat
pakcik tadi tanda penghargaan aku buatnya kerana mengelak aku dari dilanggar. Namun
jauh di lubuk benakku, aku tahu ini semua perancangan Allah untuk menyedarkan
aku, betapa selama ini aku alpa, leka sepanjang hayat yang Allah berikan untuk
aku bernyawa dalam kehidupanku ini.
Hanya berapa kalikah ucapan
syukur yang telah aku ungkapkan selama ini?
Allah.
Allah.
Dan hanya berapa kalikah aku
bersyukur dengan nikmat yang paling besar aku sebagai seorang Islam?
Allah, aku hambamu yang hina,
lalai dalam mengingatiMu.
Allah, Allah.
Mata tiba-tiba terasa gatal
ingin merembeskan cecair dari kelopak mata.
Apa mungkin lacrimal gland
aku menunggu masa untuk mengeluarkan cecair ini?
Aku harus segera pulang ke
kamarku.
Ah, di mana pula kunci rumah di
saat aku perlukannya? Pintu terkuak dengan sendiri, ada figura yang tersenyum
lembut kepadaku menyambut aku pulang.
Ah, tak mampu lagi air mata
ini tertahan, terus terhambur deraian air mata sambil aku menariknya erat ke
dalam pelukan. Erat dia memelukku dan lembut saja dia berbicara, "sollu’alan
nabiy".
"Kawan, pimpin aku ke syurga!"
"Kawan, pimpin aku ke syurga!"