Tarikh hari ini

5 Apr 2014

MH370, pergimu membawa hikmah.

MH370


Manusia memandang peristiwa hanya sebagai satu fenemona yang biasa dalam, yakni orang akan mati dan orang akan dilahirkan. Tapi aku sendiri memandang ini sebagai satu fenemona yang perlu diambil ibrah

PENCARIAN MH370 BERAKHIR DI SELATAN LAUTAN HINDI - PM
Aku terdiam saat membaca berita ini, namun diam aku bukan sahaja untuk merasa kasihan dan simpati terhadap keluarga mangsa penerbangan tersebut, diamku membayangkan bagaimana kalau aku yang berada dalam 'flight' tersebut. Aku terbayang saat aku hendak berlepas ke balai pelepasan, sungguh aku tidak akan sangka lambaian aku terhadap keluarga aku adalah lambaian yang terakhir. Atau mungkin juga, perkelahian aku dengan adik-beradik aku adalah yang terakhir tanpa sempat aku meminta maaf. Allah. Bagaimana pula saat aku mencari tempat duduk aku? Adakah aku menjaga mata aku daripada melakukan zina? Ya, di dalam itu bukan semuanya muslim, ada orang bukan Islam juga di dalam 'flight' tersebut. Jadi, apa,salahnya mencuci mata sekali-kala. Allah. Sekejap aku terlupa ayat 12, Al-mulk. Bagaimana pula saat aku dikhabarkan oleh pemandu kapal bahawa kapal sudah mula hilang kawalan? Saat itu apakah yang ada pada tangan aku, remote? Al-Quran? Atau mungkin makanan-makanan semata-mata? Saat itu aku terdengar suara2 penumpang yang mula kerisauan tentang nasib mereka. Saat itu aku melihat mereka memanggil-manggil nama tuhan mereka. Allah. Jesus. Buddha. Aku juga melihat sang anak dan ibu saling berdakap sambil sang ibu sendiri cuba menenangkan sang anak. Sayu. Sebak. Maka apa yang aku buat ketika itu? Saat ajal betul-betul dirasakan tergantung di tangan Allah. Beberapa ketika telah pun berlalu, mungkin sejam atau lebih. Kelihatan orang-orang yang masih lagi berzikir nama-nama tuhan mereka, anak-anak kecil sudah pun tertidur keletihan menangis dan tugas menangis itu diambil alih oleh sang ibu pula cuma dengan nada yang lebih senyap. Ada yang sudah mula reda dengan fenemona ini dengan hanya termenung ke luar tingkap. Bunyi-bunyi jeritan dan raungan kini bertukar kepada satu tempoh yang senyap dan sunyi. Aku bagaimana ketika itu? Mungkin sudah dapat menerima fenemona yang dahsyat ini. Mungkin lidahku masih basah lagi dengan istighfar kepada Allah, mengenang dosa-dosa dahulu, sungguh banyaknya tidak terkira, menangislah aku ketika itu kerana memikirkan pintu-pintu taubat yang semakin lama semakin rapat tertutup untukku. Allah. 5,000 m, 4,000 m, 3,000 m, burung besi ini semakin lama semakin rendah terbangnya, laut yang bergelora dapat aku tatap dan hayati seolah-olah itulah kuburku nanti. Suhu pula semakin sejuk, tak pernah aku rasa sesejuk ini. Laut yang bergelora, suhu yang sejuk, kapal terbang yang semakin rendah altitudnya, aku tidak tahu mana satu yang akan menarik nyawaku nanti, aku tidak tahu di mana malaikat izrail bersembunyi ketika itu, kalimah istighfar yang membasahi yang membasahi lidah ku selama ini telah ku tukar dengan kalimah syahadah, harapannya semoga kematianku adalah seperi matinya para syuhada. Sekadar harapan sahaja, bolehkah orang seperti aku yang menanggung beban dosa yang merantai aku ini akan ditempatkan di syurga bersama para syuhada. Penumpang lain pula ada yang memekik separuh mati. Tidak kurang juga yang sekadar senyap, tanda sudah menerima takdir yang diterima. Mungkin mereka sudah tidak sanggup menanti lama lagi dalam 'flight' yang lama ini. Siapa sangka uni adalah 'flight' terakhir? Dush!! Hentaman dasar kapal terbang mengenai lautan bergelora. Air mula masuk kedalam kapal. Penumpang semuanya sudah siap memakai 'life jacket', harapan terakhir mungkin, sungguh optimis, aku pun begitu. Air laut mula menyentuh kaki, Allah, sejuknya. Paras air makin tinggi sehingga ke tahap dada. Cepat-cepat aku mengucap syahadah sekali lagi, risau penghujungku seperti firaun. Penumpang lain ada yang sudah tidak bernafas lagi, ajalnya ditarik suhu yang sejuk. Mungkin ajalku tenggelam dalam laut.



Wallahua'lam. P/S : tulisan tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati, sekadar ibrah


By : Fizi Rahman