Tarikh hari ini

1 Apr 2014

April's Fool : Budaya dan Realiti .


1 April. April's Fool Day.

"Weh, kat baju kau ada chewing gum melekat..banyak pulak tu. "
"Haaa ye ke ? Mana ? Lap kan wehh "
"Tak boleh lap. Melekat betul ni.."
"Manaa ? kau tipu ? tak ada pun.. <sambil melihat cermin> "
"Hahahah. April's fool ! Lu kena beb "
"Pehh. Sakitnya hati. Buat penat aku gelabah jeh, kena tipu rupanya. -_- "


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
April's fool ? Atau dalam bahasa melaysianya Hari ketidakpandaian April (Eh. Mungkin.)

Mengikut definisi Uncle Wikipedia :

" April Fools' Day (sometimes called All Fools' Day) is an informal holiday celebrated on April 1 every year. It is not a national holiday, but is widely recognized and celebrated in various countries as a day when people play practical jokes and hoaxes on each other called April fools."

Ohh. Hari menipu sedunia rupanya.

Sedar tak sedar ramai di kalangan kita amat gemar merayakan April's fool day dengan pelbagai bentuk gurauan dengan berunsurkan penipuan dan adakalanya kita lupa untuk mengambil tahu punca atau asal usul perayaan ini diadakan.

SEJARAH

Berdasarkan semakan menerusi internet, rupanya ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya. Dipercayai sambutan April Fool mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol dulu setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada Sepanyol.

Ketika kerajaan Islam runtuh diserang tentera Kristian, penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol. Justeru, mereka membuat helah. Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan. Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam. Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar. Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day.

*Gambar Hiasan

Sedih bukan ? kita rayakan perayaan ini tanpa menyedari secara tidak langsung juga merayakan pembunuhan umat islam sendiri. Jadi, berhenti menyambut April's fool !

Penulis sendiri tidak mengetahui adakah kisah ini benar atau sekadar khabar angin. Tapi, apa yg pasti.. menyambut perayaan ini samalah juga kiranya dengan menipu dan berbohong.



HUKUM

Jadi, apakah hukum menyambut perayaan ini ? Wajib ? Harus ? Sunat ? Atau haram ?



Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda:

“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” 
[HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e] 
Nauzubillah. Minta dijauhkan kecelakaan ke atas kita. Malah, Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qardhawi juga ada menyebut:
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Ciri-ciri orang munafik


Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. 4 sebab mengapa April's Fool dilarang dalam islam :

1) Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2) Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya.
3) Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4) Meniru budaya barat yang bukan sifat seorang muslim, iaitu menipu.

Berdasarkan ayat-ayat di atas, ia jelas menunjukkan budaya April Fool bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.



Akhir sekali, buat semua saudara seislam.. Sedarlah, budaya April's fool Day adalah budaya barat yang mana tanpa kita sedari ia merupakan salah satu agenda barat yang di istilahkan sebagai perang pemikiran (ghazwatul fikri). Perang pemikiran adalah merupakan salah satu agenda besar musuh musuh islam untuk melumpuhkan serta mencacatkan Islam dengan cara halus tanpa disedari umat islam sendiri. Oleh yang demikian...


Be Honest. And Say No to April's Fool Day.





By : Penulis.