Tarikh hari ini

20 Sept 2015

“AKU” MOODY


Suka…

Kita suka mendoakan kehancuran orang yang tidak sealiran dengan kita,
kita suka mendoakan kebinasaan mereka yang tidak seagama dengan kita,
baik Kristian mahupun Syiah, kita menjerit gembira apabila mereka mati mendahului kita,
laungan    “HANCUR AMERIKA” DAN “HANCUR YAHUDI” sering bergema,
sekadar bertanya: BUKANKAH MEREKA ITU JUGA MANUSIA?




Gelisah…

Kita gelisah dan marah apabila tajuk berita berbunyi “Pelajar CINA mengharumkan nama Negara,
tetapi kita berasa bangga dan sempurna apabila pelajar MELAYU berbuat perkara yang sama,
kita lupa bahawa kita duduk dinegara yang sama,
sekadar bertanya: BUKANKAH TAJUK SEPERTI “PELAJAR MALAYSIA” LEBIH SEMPURNA?




Bangga…

Kita bangga dan berpuas hati apabila keputusan peperiksaan mengatasi rakan-rakan,
“feeling relieve” dan senang hati apabila markah cukup-cukup makan,
bukan mempersoal dan bukan juga mempertikaikan,
sekadar bertanya:BENARKAH KITA INGIN MENJADI DOKTOR PERUBATAN?




S
edih…

kita sedih melihat fakir miskin hidup merempat dan terbuang,
tetapi cukup berat sekali apabila si fakirdatang meminta sekupang,
adakah zakat itu sudah mencukupi untuk mengisi hidup seperti kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang?
sekadar bertanya:BENARKAH DALAM DIRI ADA PERIHATIN DAN SAYANG?





MUHAMMAD FAZLANS BIN SUTRISNO TANJUNG,
1.37 am,
2 September 2015 Bersamaan dengan 18 Zulkaedah 1436 hijrah.


Nota:
Sekadar meluahkan apa yang ada di dada.
Segala coretan berpandukan pengalaman dan melalui bahan bacaan.