Tarikh hari ini

21 Mar 2014

FIFA Week 2014

Family In Friendship Awesome 2014 : FiFA Week 14'


        Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi. Pada 2 Mac hingga 6 Mac yg lalu, buat julung - julung kalinya batch GeneXIIs a.k.a batch junior Cairo University telah menjayakan satu program yang diberi nama Family In Friendship Awesome Week 2014 ( FiFA Week 14' ).  Program ini diadakan bersempena cuti panjang berikutan masalah kesihatan yang melanda Mesir baru-baru ini.

HARI PERTAMA 

2Mac2014 : Ahad

Sebagai pembuka tirai program FIFA Week 14', unit multimedia batch telah menganjurkan satu bengkel graphic yang disertai oleh semua ahli GeneXIIs. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat terpendam setiap ahli dalam bidang graphic designing. Bengkel ini telah diadakan berasingan antara ikhwah dan akhawat berikutan masalah tempat yg tidak dapat dielakkan. Tenaga pengajar graphic yang dijemput adalah Ahmad Luqmaan Bin Baharuddin,Tahun 3 (ikhwah) dan Nabilah Binti Azmi, Tahun 3 (akhawat).
Majlis perasmian telah diadakan pada waktu petang yang dipengerusikan oleh abdullah an-nur di dewan 2 universiti. 

Perasmian FIFA telah dirasmikan oleh Wan Nusairi, AJKT PERUBATAN. Seusai majlis perasmian, shantoh mahabbah program anjuran unit kebajikan batch dgn kerjasama oleh semua ahli genexiis diadakan dgn bertujuan melahirkan generasi yang suka bersedekah dalam kalangan ahli. Sasaran program ini ialah peminta sedekah dan orang orang susah di kalangan orang arab Mesir. Teknikalnya, satu beg shantoh mahabbah dibekalkan seketul roti bersama 2jenis makanan ringan dan sekotak air manis. Dalam masa yg sama, program ini juga berjaya mendidik ahli genexiis agar bergaul serta merasai kesusahan orang orang miskin ini. Setelah itu, kesemua ahli pulang ke rumah masing masing.

HARI KEDUA

4Mac2014: Selasa

Genexiis Food Corner. Buat pertama kalinya, program jualan yg dianjurkan oleh unit ekonomi batch diadakan dgn berobjektifkan meningkatkan lagi duit batch bagi menampung perbelanjaan tahunan batch. Program ini mendapat sambutan hangat dan positif drpd senior senior PCK. Jualan yg dibuat mengikut set makanan ini mendapat kerjasama oleh seluruh ahli genexiis. Secara tidak langsung mengukuhkan lagi silaturrahim antara ahli. Kesungguhan akhawat memasak dan kegigihan ikhwah menghantar makanan yg banyak membantu melancarkan lagi jualan besar besaran ini. Berakhirnya program ini pada waktu petang dengan gembiranya. 
HARI KETIGA

6Mac2014: khamis

Hari terakhir FiFA Week 14' ini, semua ahli genexiis keluar berjaulah ke hadiqah yabaniah (Taman Jepun), helwan. Dengan berbekalkan 3genih, pelbagai aktiviti anjuran bpi dan bsal ini berjaya diadakan dan mendapat sambutan positif daripada semua ahli. Dengan berakhirnya program jaulah ini maka telah berakhirlah program FIFA Week 2014. (:

Sekian, kami pihak pelaksa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli genexiis yg memberikan komitmen yg tak terhingga yg melancarkan program grand batch ini. Semoga ukhuwah yg terbina sepanjang program ini dikekalkan serta diperkukuhkan lagi. Wassalam.