Tarikh hari ini

15 Mar 2016

Hamba Bertuhan



Senyumlah,
Andai senyuman itu,
Dapat menghijab kelukaan,
Kerana kau akan lebih derita,
Melihat wajahmu sengsara.


Ketawalah,
Andainya tawa itu dapat menghapus kecewa,
Andainya tawa bisa merawat
Luka-luka yang dititip oleh Tuhanmu.


Berbahagialah,
Walau hatimu tidak berdaya,
Bertongkatlah dengan ucapan,
Kerana hidup ini hanya persinggahan.


Carilah Tuhan,
Pada saat pertengahan malam,
bagi merawat luka-luka dunia,
Kerana kita,
Hamba kerdil Hamba Bertuhan



Oleh: Atirah bt Ibrahim