Tarikh hari ini

24 Nov 2013

Friendly International Futsal


Khamis, 21 November 2013 : Pihak BSAL (Biro Sukan dan Aktiviti Luar) dengan julung julung kalinya mengadakan perlawanan persahabatan futsal dengan negara Yaman bertempat di Markas Syabab, Zenhom.
Untuk pengetahuan, semua pelajar Yaman yang bermain majoritinya adalah pelajar G2G (dah nama pun Yaman, takkanlah MOU kan) tahun 2 di Universiti Kaherah. Seramai 14 ahli batch GeneXIIs (ikhwah) telah menghadirkan diri pada perlawanan kali ini, manakala pihak Yaman pula membawa lebih kurang 20 orang untuk menentang pasukan batch.

Pengarah BSAL batch, Izham bin Rossli sebelum perlawanan ada mengatakan
Amat besarlah harapan saya untk memenangi perlawanan kali ini, bukan senang untuk mengajak pelajar luar negara bermain di satu padang bersama sama. Selain itu, saya benar- benar berharap program hari ini dapat mencapai objektif utama BSAL, iaitu ''Stress tiada, sihat sentiasa''
Perlawanan berlangsung agak hambar pada minit awal permainan, pasukan batch telah dibolosi sebanyak 3 gol walaupun mereka telah mempertaruhkan keeper utama pasukan, Khairil PG bagi menjaga gawang. Namun, striker gantian, Nur Rasyed berjaya meledakkan gol pertama sekaligus menaikkan semangat seluruh ahli pasukan untuk terus berjuang mencari gol.

Setelah dua jam permainan, akhirnya wisel penamat ditiup. Tiada keputusan akhir diputuskan gara- gara kecuaian pengadil. Apa yang pasti, kedua- dua pasukan beraksi dengan penuh semangat kesukanan di samping dapat berkenal kenalan antara satu sama lain dengan lebih kerap lagi.

Kapten pasukan, Habibullah ternyata gembira dengan pencapaian pasukan batch yang nampak semakin meningkat lalu berkata
Walaupun kita tidak tahu keputusan akhir perlawanan, namun saya merasakan perlawanan hari ini amat penting sebagai persediaan pasukan untuk perlawanan LIQA' yang akan datang. Beberapa pemain juga telah menujukkan prestasi meningkat seperti Syukri, Zul, Adib dan ramai lagi.
Tepat jam 10.30 malam, kedua- dua belah pihak pulang ke kediaman masing- masing dengan perasaan yang gembira. Diharapkan pihak BSAL batch akan terus menjalankan aktiviti- aktiviti seperti ini pada waktu yang akan datang, seiring dengan objektif utama mereka, ''Stress tiada, sihat sentiasa'' - Reuters