Tarikh hari ini

24 Nov 2013

Hantar Karya Anda!!




~Serlahkan Bakat Anda~

Anda tahu menulis cerpen? Berbakat mengarang puisi? Ingin kongsikan isu- isu semasa yang berlaku di seluruh dunia? Pandai melukis komik? Ada isi hati yang perlu diluahkan melalui mata pena?

Jadi tunggu apa lagi? Serlahkan bakat anda!! Kami unit multimedia GENEXIIS amatlah mengalu - alukan sebarang sumbangan karya dari kalian!! 

Objektif
  1. Mencungkil bakat dan kreativiti dikalangan ahli GENEXIIS
  2. Melatih ahli GENEXIIS agar lebih mahir dalam bidang penulisan
  3. Menyediakan ruang inisiatif kepada ahli untuk mempelajari bidang selain Akademik dan Perubatan
Syarat - syarat
  1. Ahli batch GENEXIIS.
  2. Karya mestilah ORIGINAL dan tidak di'copypaste' dari mana - mana pihak.
  3. Tidak menyentuh isu - isu yang boleh menimbulkan provokasi.
Bagaimanakah caranya?
  1. Karang karya anda di dalam Microsoft Word (karya,puisi dll) atau Photoshop (poster, komik dll) 
  2. Karya boleh dikarang dalam pelbagai bahasa
  3. Sertakan gambar (jika ada) dan nyatakan di mana kedudukan gambar tersebut di dalam karya anda.
  4. Sertakan label pada karya anda (puisi, artikel, komik, resipi dll)
  5. Sertakan nama pena pada setiap karya (optional)
  6. PM kami di facebook, ikhwah kepada Shahr Al 'Arif Azhari dan akhawat kepada Najihah Janudin  
  7. Karya anda akan di publish dalam masa yang terdekat

Genexiis di seluruh dunia???
  1. Bahagian ini ditujukan khas kepada mana- mana ahli GENEXIIS yang menyambung pelajaran selain daripada Universiti Kaherah, Mesir yang ingin berkongsi pengalaman, cara pembelajaran atau suasana persekitaran di kawasan yang mereka diami.
  2. Selain itu, bahagian ini juga boleh digunakan oleh ahli - ahli GENEXIIS yang melancong ke luar negara dan merasakan perlu untuk berkongsi pengalaman pahit manis mereka sepanjang perjalanan.

Kami unit multimedia GENEXIIS berharap semua ahli batch dapat menyumbangkan kreativiti masing- masing serta memberikan kerjasama untuk blog ini :)

p/s ; sebarang pertanyaan boleh pm kami di Facebook, Shahr Al 'Arif Azhari (ikhwah) dan Najihah Janudin (akhawat)